Minggu, 20 Maret 2011

TERKINI: Nuklear Jepuang Meledak

13/3/2011- Loji nuklear di Fukushima yang merupakan antara loji pembekal tenaga elektrik di Jepun telah mengalami kebocoran radiasi akibat Tsunami pada 11 Mac lepas.

Kerajaan Jepun telah mengisytiharkan keadaan darurat nuklear di seluruh negara sehari selepas kejadian Tsunami akibat kebocoran radiasi ini.

Namun keadaan menjadi buruk akibat letupan yang berlaku di bangunan Stesen Tenaga Nuklear Fukushima Daiichi 1 milik Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) semalam.

Pada 13 Mac 2011 jam 4.30 pagi waktu Malaysia, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa(IAEA) mengesahkan bahawa Kerajaan Jepun telah mengeluarkan arahan memindahkan kira-kira 110,000 orang penduduk di lingkaran 20 km dari bandar Fukushima Daichi dan 40,000 orang penduduk di lingkaran 10km dari bandar Fukushima Daini. (reuters)

Manakala 160 orang pula telah disahkan terkena radiasi secara langsung. (Al-Jazeera)

Jangkaan pemindahan penduduk di sekitar Fukushima akan meningkat sehingga lebih 300,000 orang pada bila-bila masa sahaja dan jumlah sebenar juga akan meningkat dari masa ke semasa.

Masyarakat antarabangsa memandang serius perkara ini kerana radioaktif tersebut boleh tersebar ke negara berdekatan.

Kita berharap agar agensi dan kementerian berkaitan nuklear di Malaysia dapat memberi kenyataan segera berhubung isu ini.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar